Sunday 3 March 2013

Turkiye - Cappadocia, Formasi2 batu2 gunung berapi di Goreme, Zelve, Urgup, Uchisar, Penempatan Awal di Gua2, Seni ukiran tembikar di Avanos. Mukabumi alam yang memukau pandangan...

Assalamua'laikum Pembaca Semua

Hari ke -2 aku dan rakan2 sepengembara di bumi "Turkiye-Aku Datang" dan di dalam minggu ke-2 daripada keseluruhan penjelajahan ini yang bermula dari Jordan, kendian ke Syria dan sekarang menyambung ke Turkiye pulak nye. Badan dah mula memberi signal, keletihan bernomad di musim sejuk dan akibat berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain tapi apabila sampai di tempat baru dengan perasaan keterujaan disajikan pemandangan yang indah, letih itu dapat dikeluarkan dari dalam kotak minda. Orang keme kata " don't pay attention to a small problem ", ya, memang betul apa orang keme kata itewww... Keseronokan  mengembara membuat diri sentiasa lupa apa yang minda separuh sedar ( sub-conscious mind ) itu cuba lakukan.*...tetiba aku suka subjek psychology*....dan lagi satu...memang tak hengat nak balik, lupa jap Malaysia tu kat belah mana..hehe...


Di Turkiye Aku Datang-Goreme, Cappadocia

Cappadocia - sebuah daerah di tengah Anatolia. Kalau Turkiye moden, kawasan ni berada di tengah ke barat sedikit dalam peta Turkiye. Kayseri merupakan bandar terdekat di Cappadocia ni. Kalau kome naik belon, boleh turun di Kayseri untuk masuk melalui laluan udara ke Cappadocia ni. Keme tak pegi ke Kayseri sebab keme naik bas jer, terus ke Goreme.

Kenapa aku pilih menjengah ke sini ? saje jer nak bernomad...haha....

Cappadocia ni cantik kome....pergi pulak di bulan yang tak keluor peluh.. fuuuhhhh... nyaman... cumanyer... eeerrrr...macam biasa...jalan atas salji yang dah beku jadi ais....itu adalah halangan utama bagi aku yang suka menjatuhkan diri....kasut aku tu sesuai untuk panjat gunung jer, tiba aktiviti cenggini, memang gagal...

Nak menyelongkar bumi Cappadocia ni secara lenggang lenggok Mak Limah memerlukan masa beberapa hari, tapi kiteorang pulun sehari suntuk tu jer....pasrah kerana budget dan masa...Dalam kawasan ni ada banyak aktiviti kome boleh buat, tapi kiteorang lebih kepada menjamu mata ke tempat2 tertentu ajer...dan macam biasa, bergedik-gedikan....ahaks


Yang rambut maggi ni la local guide kiteorang, orang Kurdish berasal dari timur Turkiye...

Di sini disediakan pakej lawat kawasan melalui agent tempatan. Pengangkutan dan local guide berbahasa yang kome boleh paham ler. Kawasan ni luas dan kome tak boleh jalan kaki...tak buek dek orang...Sampai di Goreme iaitu di tempat penginapan, kome boleh tanye deme pakej tu kat mana nak cari. Kome pilih ler nak cover berapa banyak kawasan dan aktiviti apa kome nak buat. Belek2 dompet atau pun kokak mesin ATM dan tanye hati jer atau tanye sponsor masing2...perlu ingat satu benda jer....1 Lira Turkey = RM 1.80 sen.....pas tu pikior ler mana pakej nak ikut...hehe....



Maggi sedang memberi penerangan dalam van pelancong sebelum kiteorang meneruskan lawatan dalam bahasa  Uncle Sam pelat Turkiye nyer....jenuh aku dok nak paham apa perkataan keluor dari mulut dia, english or turklish...hehe

Apa ada di Cappadocia ? Bagi pencinta alam dan sejarah purba kala...ini salah satu tempat yang kome boleh buat kajian. Aku pulak ?...datang untuk melihat betapa agungnya ciptaan Tuhan dan mensyukuri akan luasnya nikmat yang diberi...Alhamdulillah

Tersengih dia dah sampai Goreme...kome bile lagi ?

Kepada pembaca semua, elok aku bercerita berdasar gambor2 yang boleh buat hati kome tu memberontak nak ke sini okay. Itu pun bagi yang belum jejak ke sini lagi ler. Aku sebenornya ingat2 lupe aturan trip sehari tu sebab banyak sangat tempat singgah nye...Ia merangkumi Goreme, Uchisar, Zelve dan Urgup.

Kita mulakan dengan dia ni....

Comei tak dia ni ?....

Okay, kita tengok formasi batu2 gunung ni pulak. Formasi2 batu volcanic yang terhakis berjuta tahun dulu membentuk serombong2 semulajadi dan menjadikan rupa bentuk mukabumi di sini amat mengujakan dan memukau pandangan mata. Ia dicipta dan dibentuk dengan penuh kesenian. Subhanallah...

Banyak kerajaan kuno sehinggalah kerajaan Islam bertapak di sini, ada tempat tak boleh di ambil gambor terutama di dalam gereja2 lama dan tunnel2. Disebabkan aku ni sibuk melayan perasaan takut jatuh di laluan2 ais batu tu, aku kurang nak layan sangat local guide ni punye cerita dan dia jalan punye la laju, so nak tangkap gambor2 ni menjadi sedikit payah. Paling2 jer...dia dah hilang....aku pulak terhegeh2 nak berjalan atas ais.

laluan aku ni licin kome...lihatlah formasi batu2 gunung yang berbentuk unik tu...

Formasi batu gunung tu semulajadi yer kome, bukan buatan manusia

Yang korek lubang2 kat batu tu manusia yang buat...


Deme korek batu2 tu jadikan apartment. hehe....kengkawan aku sanggup panjat, deme tak takut jatuh. Aku kalau jatuh tu terus ke bawah bergolek...

Yang ni deme korek sampai ke atas...ni keme panggil apartment 5 tingkat...hehe


Kalau kome nak tau bila deme tebuk2 lubang tu, yang tu keme tak mau citer ye, sejarahnye panjang tentang migrasi orang2 dulu kala disini dan dari golongan dan bangsa mana deme ni, sila buat kajian sendiri.


Best kot kan dok dalam gua pangsa atas gunung....keme dok menginap dalam gua gak, tapi kat tingkat bawah jer...huhu



Perkampungan gua...

Disebabkan dia sesekor jer kat sini, sungguh lah glamer dan menjadi perhatian. Suke bergedik macam kiteorang jugak. Tahan sejuk dia ni...


Yang ni macam banyak lagi kosong tak dikorek, kome nak korek jadikan berapa tingkat ?  Boleh pilih bahagian mana yang berkenan..hehe


Ais batu sekeliling...jalan pun dah macam orang sakit...susah hati tengok ais jer...


Ni di kawasan penempatan yang baru dikosongkan dan dipindahkan semula ke tempat lain. Rajin deme ni panjat untuk tengok sekeliling dari atas. Masih ada yang kat bawah tu berpenghuni.


Lain2 bentuk formasi batu2 yang memukau mata...

macam cendawan versi gergasi rupa bentuk formasi batu ni...


Lagik...

Kebanyakan pelancong akan dibawa kesini sebab formasi batu2 belakang aku tu unik.

Formasi batu ni macam unta kan....

Aksi wajib di tengah jalan raya, lepas tu semua orang ikut kiteorang bergedik....

Lepas tu kiteorang pergi ke Avanos, melawat kilang pottery. Kilang ni dalam gua....besor giler kawasan gua nye...dahsyat deme korek gua jadikan kilang....nyaman jer dok kat dalam ni...


Pekerja tunjuk bekas air yang belum dilukis....
*
*
*
untuk jadi cenggini

Cantik tak ? harga ? jangan tanye..keme tak mampu....

Tengok dia ni lukis, juling biji mater keme dibuatnye....asah bakat dari usia muda...

Sebahagian hasil mahsul kesenian tangan orang2 Cappadocia
Kalau kome nak, deme boleh uruskan penghantaran sehingga ke pintu rumah kome....sediakan pitih jer


Kedai pun dalam gua.....

Set pinggan mangkuk...pengsan tengok harga dia....keme pikior samada nak beli ataupun pergi mengembara ke antartika....haha

Keme tunjuk sikit bab2 makan...special...makanan deme masak dalam tembikar yang ditutup sepenuhnya. Nak makan kena pecahkan tembikar tu...gambar kat bawah ni ler...maaf ler walau gambor kawan keme ambik ni tak cantik mana, tapi keme nak tunjuk jugak supaya bila kome ke sini, jangan lupa makan makanan ni....mentang2 ler kawasan deme ni pengeluor tembikar, sangat senang untuk buat dan pecahkan....hehe...

keme tak ambik kisah apa nama makanan ni, yang penting cara masak dia tu lain dari yang lain. Pelayan restoran tu ketuk tembikar panas2 tu atas meja kiteorang...lepas tu...semua kata wow......suker...

Ni apa nama ntah, makan jer tahu....sekelip mata lesap ke dalam perut memasing, tambahan pulak ada sos cili dibawa khas dari Malaya untuk menambah perisa....laju jer kunyah...

Untuk nak lebih menghayati keunikan rupa bentuk mukabumi Cappodacia ni, boleh naik belon panas yang banyak di sediakan di sini.


Harga ? macam biasa, keme tak mampu, setakat langut tengok langit sambil nganga mulut tengok deme naik belon dan sambil pikir jugak....kalau la aku ni kayo dan berdoit....tak silap aku seorang harganya +- RM 800++ kot la....tak ingat dah....

Ramai sungguh orang berdoit naik belon ni kan, tapi aku rasa berbaloi dengan penghayatan formasi batu2 gunung tu kat bawah....macam dalam google yang aku selalu tengok sebelum pegi sini dulu la....dalam hati kata cukup la aku mampu meninggalkan jejak kat sini.....alhamdulillah...pujuk hati dengan syukur...

Tempat aku dan geng pergi di Cappodacia ni hanye lah sebahagian kecil ajer...banyak lagi kawasan2 lain dengan keunikan yang ada untuk di terokai oleh pengembara2 selain daripada apa yang aku nyatakan tempatnya dalam tajuk entry ni seperti di Ortahisar, Gulsehir, Aksaray, Nevsehir, Ihlara Canyon, Derinkuyu, Ozkonak dan lain2 lagi.

Sambung tidor dalam gua....esok bernomad ke tempat lain pulak.

Sekian, wassalam dan selamat terhibur membaca....