Friday 16 November 2012

Syria - Damascus - Peristiwa Habil & Qabil di Bukit Qasiyyoun, Bakdash dengan aiskrim ketuknye di Souq Hammidiyah

Assalammua'laikum Pembaca Yang Budiman
 
Hari ke-2 aku di bumi Syria dan hari ke-6 pengembaraan aku dan geng. Bangun pagi ni kepala aku dah mula mengong, badan seram sejuk. Dengan keadaan cuaca yang sejuk ni, aku cuba elakkan hidung meleleh sebab itu tanda tak berapa nak baik bagi badan aku. Kalau kena demam selsema kepala jadi berat dan cukup tak selesa bagi seorang pengembara. Mahu jer aku belingkor dalam selimut jer tapi bila memikiorkan kepayahan poket aku nak datang ke sini, aku kuatkan semangat dalam diri, aku boleh teruskan, aku boleh dan aku boleh, aku kena bagi boleh...hehe....

Ubat ? semua ubat aku bawak, ubat ceret-beret, selsema, mabuk perjalanan, allergy tapi bagi aku ubat terbaik untuk demam selsema aku ni adalah clarinase. Ia amat baik dan cukup berkesan, tapi masa aku pegi ni ubat ni tak de stok di KL, kedai2 farmasi kata ia ditahan pengedaran seketika sebab banyak orang salah gunakan terutamanya mat2 gian. huhu....haish...ngape ler takde stok bila aku nak mengembara, mujur di Damascus ada farmasi di bawah hotel aku nginap tu, adapun clarinase kat sini, lega hati aku...boleh la aku melalok jap...ahaks....

Damascus-diwartakan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. Aku lebih suka mengungkap bandar tua ini sebagai Damascus daripada Damsyik ataupun Dimashq. Lebih sedap diungkap dan kelihatan cukup tua dengan panggilan tu, setua usianye yang beribu tahun dengan sejarah yang pelbagai daripada Kerajaan Aramaic yang berasal dari Mesopotamia, Roman, Byzantine sehinggalah kepada kerajaan2 Islam bertapak disini dan sehingga sekarang ianye berpenghuni. Lebih daripada 3500 tahun. Cukup lama kan. Itu yang direkodkan, yang tak de direkod mungkin lebih lama lagi kan.

 
 
 
Peniaga2 wanita menjual walnut disebelah Masjid yang menempatkan makam cicit Rasullullah iaitu Saiditina Ruqayyah di Bab Faradis, berhampiran Souq Hammidiyah. Banyak betul ketulan2 otak ni kat sini dan murah lak tu. Kome agak2 deme ni bermazhab ape ? Tetiba soklan tak berkait lak aku tanye....


Pepagi di Damascus, kiteorang sibuk menziarahi Masjid2 dan makam2 Nabi, sahabat2 dan keturunan2 Rasulullah, para solihin dan pejuang2 agung di zaman Khalifah Kerajaan2 Islam dahulu. Dalam episod ini aku cuma ceritakan aktiviti kieorang di sebelah petang jer.

Hotel yang aku nginap sepelaung cuma daripada Souq Hammidiyah, memang senang nak ulang-alik menyoping kalau masih tak cukup kempis poket tu. Tapi aku tak ler serajin tu untuk berulang-alik ke sana. Buat berat beg aku jer....payah aku nak kendong.

Petang tu kiteorang pegi jauh sikit ke pinggir bandor, lebih kurang 35 km menuju ke sebuah bukit, nak tengok panorama kota tua Damascus secara keseluruhan. Bukit Qasiyyoun, itu lah nama diberi. Bukit ini juga femes dengan cerita lagenda peristiwa Habil dan Qabil.

Ambil teksi sehingga ke persimpangan sebuah kawasan penempatan yang padat dipinggir bandar, kemudian kiteorang kena naik pick-up di bawah ni pulak menuju ke kaki bukit tersebut.
 
Ini la pick up yang kiteorang naik untuk melalui lorong2 sempit dikawasan penempatan penduduk2 di lereng bukit menuju ke kaki Bukit Qasiyyoun. Cara deme bawak kenderaan ni...uish sabor jer la jantung aku, kena pegang besi pick up tu kuat2, silap gaya karang mau terpelanting keluor....



Had tu jer la kenderaan deme boleh lalu, lepas tu mulakan lah menapak memanjat lorong2 rumah penduduk disini.


Tangga2 dari permulaan kaki bukit Qasiyyoun di kawasan penempatan yang padat, panjat ler kome, apa lagi...ikut jer gerak hati laluan menuju ke atas yang berkelok2 tu, InsyaAllah sampai ler kome. Di sini tak de papan tanda yer kome, pepanda kome ler cari lorong yang betul nak jalan panjat bukit ni. Jangan malu bertanye....

Di pertengahan laluan ke Bukit Qasiyyoun di lorong2 rumah penduduk yang berlingkor macam ulor.

Selepas kiteorang melepasi rumah2 penduduk, terjumpa la laluan seperti di atas, yang dibuat untuk memudahkan pendakian sampai ke puncak bukit. Pengembara demam ni cuba mendaki bukit Qasiyyoun, tapi had ni jer ler dia mampu, kepala nyer dah makin mengong, pandangan dah tak stabil, terpaksa akur akan kelemahan diri. Walau cuaca sejuk, aku dah mandi peluh, dah ler baju aku berlapis2. Seram sejuk. Tapi elok sebenornye, berpeluh tu la yang buat demam aku tak menjadi teruk.
 
 
 Muker pengembara demam yang cuba menakluk Bukit Qasiyyoun. Walaupun aku hanya mampu panjat bukit tu separuh jer, tapi aku masih dapat menghayati bandar tua Damascus ini keseluruhannyer. Cuaca tidak lah berapa menyebelahi dengan sedikit berkabus. Aku cadangkan kalau kome datang ke sini elok panjat bukit ni di waktu pagi nak ke tengahari di cuaca yang cerah, baru rasa puas hati pemandangan siangnyer ataupun pegi waktu malam dengan cahaya yang bergelimpangan. Sungguh mengagumkan... Aku dan geng pegi panjat bukit ni di waktu petang yang remang di akhir musim sejuk.....sejuk jer ler yang dapat......
 
 

Separuh lagi laluan menuju puncak. Mengancam sungguh...hehe...jauh lagi rupanyer. Aku di mana masa ni ? Disebalik bukit sana...nun jauh.....itu lah had aku.

laluan ni pun belingkor2. Nampak keseluruhan bandar Damascus

Dari puncak, seluas mata memandang, suker nyer deme...
 
 
Kiteorang turun dari Bukit Qasiyyoun dan terus jer menuju ke Souq Hammidiyah, mencari kedai aiskrim yang femes dan membeli belah sampai ke malam..


Aku membelakangi lorong utama belah belakang Souq Hammidiyah, depan aku bergedik ni merupakan Masjid Ummayad, yang amat femes itu, kenapa masjid ni femes, lain siaran aku cerita pasal masjid ni dan mengenai Souq Hammidiyah ni pulak, ia merupakan pasar zaman purba yang berusia lebih daripada 1200 tahun yang masih digunakan sehingga kini dan sentiasa sibuk. Ia melalui pemerintahan daripada kerajaan2 yang terdapat pada masa tu dan beberapa kali melalui proses baik pulih. Tengok lah dia punye pintu gerbang zaman silam dia tu....kome rasa bercirikan apa ? Roman, Byzantine or Arab Architecture ? 


Lorong utama di dalam Souq Hammidiah, cer kome perati bumbung dia tu, dah berlubang2, punye la lama kan usia pasar ni. Dah macam bintang2 bertaburan di langit pulak rupa nyer.
 
 
Discovery and Travel Channel kat Astro tu la yang membuatkan aku terpengaruh giler dan menanam azam cukup lama untuk datang ke sini. Tersangat la femes nyer ke seantero dunia kedai ni....yeah.....aku dah sampai...suker tak terkira... Kedai Bakdash, aiskrim ketuk buatan sendiri yang dipertontonkan tiap kali rancangan ni muncul kat TV berbayor tu....biasa la kan, deme kan ker suke ulang2 siaran bertahun2....bertahun2 jugak la aku berangan dan menyimpan impian untuk ke sini sementara menunggu tabung2 tin biskut Jacobs dan botol2 minyak masak sri murni aku tu penuh, yang aku letak dibawah dapur masak dan dalam kitchen cabinet ....
 
 
 
Deme tengah ketuk aiskrim tu, siap buat satu alunan muzik dengan ketukan yang bersahutan antara satu sama lain, jadi meriah sangat kedai ni. Cara deme mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menghibur tetamu dan pelanggan. Aku cuba ketuk, mak ai....dah la kayu tu berat, dah tu melekat pulak kat aiskrim tu, memang takkan jadi aiskrim la kalau aku yang ketuk....hehe...


 
Ni la rupe aiskrim ketuk Bakdash...sodaaaaaaaaaaaaaaaaap...dan sedikit melekit, lain dari yang lain. Rasa ? rasa aiskrim ler kome oooiii....kalau kome datang sini jangan lupa singgah tau. Musim sejuk pun tak de hal nyer nak makan aiskrim ni. Sejuuuuuk jer dia lalu kat anak tekak aku ni, namanyer pun aiskrim ye dak.... Demam pun boleh makan aiskrim ? Ada aku kisah....haha....Aku selidik2 rupa2nya aiskrim gini berasal dari Turkey. Mana bahagian aku tak selidik abih la. Mungkin di bawa ke sini di zaman kerajaan Uthmaniah, aku rasa la...mission accomplished...hiiiihaaaaa...
Juga :-


Terdapat lain2 pencuci mulut yang aku tak ambik tau dan rasa, dan tak tau namanyer pun...komer nampak tak dalam gambor atas belah kiri tu, yang atas meja tu.... haa...tu la kayu pengetuk aiskrim deme, besor dan berat giler kat aku...terhayun kena muka mau senget tulang pipi aku...hehe



Malam tu tetiba Souq Hammidiyah ni black out, gelap gelita jadi nye...hilang semangat nak shopping, tapi ada kengkawan aku kisah, deme tetap teruskan membeli belah dan mengempiskan poket deme yang berat tu, dapat beli sarung tangan pun jadilah untuk bekal hari esok. Aku pulak, ditegur dek anak-beranak Damascus ni, anak dia nak berlatih cakap omputeh, tu yang sanggup tegur foreigner. Tapi tu la kan, aku ni payah sikit nak bercakap kalau tak nampak muka, dah tu pakai spek itam di malam yang pekat, apa kelasss....no eye contact....bila dah berinteraksi tu aku dapati deme ni Syiah.....
 
Syiah....penduduk Syria ni hanye 11% je Syiah, majoriti adalah Sunni. Tapi pemerintah negara deme dimonopoli oleh puak Syiah, maka kome paham lah yer Syiah ni macamana dan layanan deme kepada puak Sunni. Kalau tak paham jugak, kome google macamana syiah ni, juga politik deme....tak kuasa aku nak huraikan kat sini.... 
 



Second round before or after black out, aku pun dah tak ingat, tapi dah tak larat nak pulun, jadi deme ambik satu mangkuk dan share ramai-ramai. Walaupun musim sejuk dan waktu malam, kedai ni tetap penuh dan meriah...susah nak dapat tempat duduk kome...



Ni la menu kiteorang untuk hari ni, "nasi ayam mengangkang yang tak tau malu", ish ish ish...ayam oh ayam...setalam untuk kami 4 orang. Tapi komer percaya tak, ada pelanggan kat restoran ni makan setalam untuk dia sensorang jer. Aku nak tangkap gambor dia tak berani la pulak, kang tak pasal2 ayam yang sedang mengangkang tu melekat kat muka aku....haha....sapa yang susah, aku yang demam ni jugak la nanti bertambah demam dek malu, yang kat dalam mangkuk kecik tu pulak memula aku ingatkan sambal belacan....sebijik punye kaler, tapi bila rasa...sambal tomato jer laaaaaaaaaaaaa.....tak de perasaan langsung deme ni punye rasa.

Aku punye cerita dalam episod ni tak ikut perjalanan aktiviti kiteorang yang sepatutnye, aku langkau jap. Episod ni cuma cerita aktiviti kiteorang di waktu petang jer. Aktiviti waktu pagi nyer aku ceritakan di lain episod jer la.

Wassalam, berjumpa di lain episod.
 
 

Saturday 10 November 2012

Syria-Bosra dan Dar'a, Makam Nabi Ayub, Imam Nawawi, Tapak Kaki Unta Rasulullah di Kota Roman Bosra

Assalammualaikum Pembaca Budiman


Hari ni merupakan hari ke-5 pengembaraan aku dan geng ke beberapa negara, kitaorang akan memasuki negara Syria dari sempadan utara Jordan. Bermalam di Irbid semalam merupakan bandar paling utara di Jordan dan amat hampir dengan sempadan. Aku lupa apa nama sempadan ni, tapi urusan mengecop passport tidaklah terlalu rumit. Bandar Dar'a di pihak Syria pulak merupakan bandar yang paling hampir dengan sempadan Jordan. Pintu sempadan ni bukan lah laluan pilihan pelancong sebenornyer, dia lebih kepada laluan perdagangan, lori banyak la, tu sebab tak ramai orang kat sini, jadinyer urusan mengecop passport memang cepat la. Kitaorang jer makhluk asing kat sini. Isi borang dan hantar jer ke kaunter. Cuma nyer bahasa selalu jadi penghalang, deme ni tak tahu bahasa omputeh apalagi lah bahasa melayu kan....haha. Yang penting urusan selesai tak sampai setengah jam jer...Cume kalau kome perati orang2 arab ni samada Syrian or Jordanian, jenis kelam kabut sikit deme ni, berebut dan bergaduh mulut tu dah jadi kebiasaan, tak de nyer deme ni nak beratur elok2....kita tengok diorang ni buat kita pun jadi kelam kabut sama....
 
Masa aku masuk ke Syria ni, Egypt sedang bergolak sakan. Memang sebelum aku sampai sini, dari Malaysia lagi aku dah dengor khabor2 yang pergolakan yang melanda di Egypt akan merebak pula ke Syria dan sememangnyer itulah yang terjadi, sebulan selepas aku pijak bumi Syria ni, pergolakan pun bermula dari sebelah selatan negara ni iaitu di bandar Dar'a. Pembunuhan bermula dan rakyat menjadi pelarian. Syukur alhamdulillah aku dan geng selamat menghabiskan kembara kitaorang di bumi Syria yang aku rasa sekarang ni semakin hancur....mujur aku masih sempat buat Jejak Rasul dan Anbia ke Syria.
 
Dah habis urusan di sempadan, kitaorang terus jer ke Kota lama Bosra, melepasi bandar Dar'a ke sebelah timur nyer, ni la kota bumi Syam dolu2 dan tempat Abu Talib dan kafilahnyer membawa Nabi Muhammad bersama barang dagangan untuk diniagakan. Macam biasa, kota lama Bosra ni adalah peninggalan kota zaman Roman, hehe....makanyer kome akan disajikan dengan gambor2 warisan Rom lagi lah yer, jangan bosan okay.... nak buat camana kan, dah laluan kembara aku kali ni meneroka laluan kerajaan Roman. Ajer nyer ye....

So, kita mulakan dengan Kota Roman Bosra, sebuah kota yang agak besar jugak la, kecik sikit daripada Kota Roman Jerash jer. Kitaorang masuk dari pintu lain dan keluar ikut pintu lain, senang sikit, tak perlu menapak pusing balik la kan. Kota lama peninggalan Kerajaan Roman ni masih berpenghuni, waris daripada generasi terdahulu masih mendiami kota ni, kerajaan Syria tak dapat nak buat penempatan semula ke deme ni, mungkin atas faktor kewangan dan tak de tempat yang sesuai kot. So, atas faktor ni, kawasan ni tak dapat la nak diwartakan sepenuhnya sebagai tempat warisan dunia seperti di Jordan, so masuk adalah percuma....

 

Aku di hadapan Masjid Mabrak Annaqah di Kota Lama Roman Bosra, cer kome perati batu2 di dinding masjid ni, ni batu2 zaman roman, dalam kembara aku ke Jerash di Jordan, ada aku ceritakan sikit kenapa batu2 deme kaler gitu. Masuk masjid ikut sini.
 
Aku dan geng mulakan lawatan ke Masjid lama di tepi kota, tempat di mana dikatakan unta Nabi Muhammad berehat. Diceritakan begitu la.  Lupa lak aku selidik bila masjid ni dibina. Malas membaca informasi yang ada kat situ.
 
 
Pintu ke masjid di sebelah dalam bangunan
 
 
 Ini lah batu yang dikatakan bekas tapak lutut dan kaki unta Nabi Muhammad yang berishtirehat di sini, diceritakan masa tu tempat ni sebelum dibina binaan dan dijadikan masjid merupakan satu kawasan yang berada di luar kota, bersebelahan jer dengan pintu kota, dan unta tu duduk berishtirehat di bawah pokok, tapi kemudian nyer baru dibina binaan masjid disini, sebelahnya adalah pintu kota dan binaan kota yang masih wujud sampai ke hari ini. Benar atau tidak tapak unta tu aku pun tak pasti, ia dah jadi sejarah yang diturunkan daripada generasi ke generasi yang tak bertulis.Wallahualam.
 
 
 Rupa paras dalaman Masjid, memang uzur dan keadaannyer cukup untuk menceritakan umurnyer.Betul tak kome ? Sejuk ya amat kat dalam ni, kena ada heater, tu pun tak membantu mengurangkan kesejukan.
 
 
Lepas tu kitaorang pun keluar semula dan teruskan menapak ke dalam kota. Cuaca redup jer tapi tak hujan. Kebetulan masa kitaorang sampai sini, terdapat gak bas2 pelancong dari Iran yang ramai. Maka meriah la jadinyer, tapi sekejap jer la nampak meriah. Masing2 mengikut laluan yang berlainan nak cover seluruh kawasan yang besar ni, tak nampak la ramai nyer orang. Bagi aku dan geng pulak, kitaorang ikut jalan utama jer, senang dan cepat habis. hehe.....
 
 
Jalan2 kat dalam kota ni tak boleh la nak main terjah masuk mana2 pintu kan terutamanya yang bertutup. Kang silap buka, termasuk ke rumah orang yang masih menjadi penghuni disini. Tak pasal2 kena sergah lak nanti. Kat sini jugak terdapat rumah pendita yahudi yang alim yang diceritakan di dalam Sirah Rasulullah.
 
 
 Ini lah rumah pendita Yahudi tersebut. Kawasan kota ni dah beberapa kali runtuh dek gempa bumi. Jadinyer aku tak berani nak masuk menjenguk ke dalam rumah tersebut untuk melihat bahagian dalamnye. Silap gaya kang terhempap dek batu2 yang tak kukuh strukturnyer tu.
 
Meh aku ceritakan kisah pendita tersebut. Kalau nak suruh kome pegi bukak buku Sirah Rasulullah tu tak tau la bila kan...hehe...disebabkan aku menyalin bulat2 tulisan seorang penulis dan penterjemahnyer, maka aku kena la bagitau sumbernyer.
 
Ditulis dalam Buku Al-Rahiq al-Makhtum, Sirah Rasuullah s.a.w, komer boleh baca buku ni untuk menambah ilmu di dada.
 
Ditulis begini terjemahannyer : Apabila umur Rasulullah mencapai 12 tahun-dikatakan 12 tahun 2 bulan 10 hari, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam. Apabila mereka sampai ke Basra-yang dianggap termasuk dalam kawasan Syam dan ibu negeri Hawran yang pada masa itu ialah ibu negeri bagi negara2 Arab yang tunduk kepada pemerintahan Rom. Di negeri ini ada seorang rahib yang dikenali sebagai Bahira, namanya ialah Jarjis. Apabila rombongan Abu Talib singgah di situ, Bahira keluar kepada mereka dan menyambutnye sebagai tetamu yang dimuliakan, padahal sebelum itu dia tidak pernah keluar kepada mereka. Dia mengenali sifat Rasulullah s.a.w. Sambil memegang tangan baginda, beliau berkata: inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh Allah sebagi rahmat untuk sekalian alam.  Lalu Abu Talib berkata: bagaimana kamu tahu ? Jawabnya:Ketika kamu bertolak dari Aqabah, tidak ada sebutir batu atau pokok melainkan semuanya tunduk sujud dan ia tidak sujud melainkan kepada seorang nabi. Sesungguhnya aku mengenalinya dengan cap kenabian dibawah tulang belikatnya seperti buah epal.  Kami dapatinya ada disebutkan dalam kitab2 kami.  Bahira meminta Abu Talib supaya membawa pulang Rasulullah s.a.w jangan dibawa pergi ke Syam kerana bimbang nanti orang2 Yahudi akan melakukan sesuatu yang buruk. Lalu Abu Talib pun menghantar pulang Rasulullah s.a.w bersama sebahagian pembantunya ke Mekah.
 
Begitulah al kisahnyer pendita Yahudi tersebut.
 
 
 Aku di hadapan rumah Rahib Bahira
 
 
 Bangunan 4 segi tu merupakan rumah ibadat Yahudi berhadapan dengan rumah Rahib Bahira
 
 
 Sebahagian daripada kota Roman Bosra yang dah hampir runtuh menyembah ke bumi, kerajaan Syria ni miskin, tak de dana nak bagi elok sikit tempat ni untuk kemudahan pelancong. Kalau kome nak pegi ke bangunan2 tu dekat2 atas risiko sendiri jer la yer. Ngeri gak bila pikior kalau batu2 tu jatuh bila lalu kat bawah dia.
 
 
 
 
 Laluan lurus ni sama jer rupa bentuk nyer di mana2 Kota Roman, selalunya ia merupakan laluan utama Kota Roman yang dikelilingi dengan tiang2 yang besor2 lagi tinggi. Tidak seperti Kota Roman di Jordan yang di pelihara dengan elok untuk tujuan pelancongan, di sini semuanye tunggang langgang jer aku tengok.
 
Kanak2 daripada warisan generasi yang menghuni peninggalan Kota Roman ni, hidup miskin dan cuba meraih simpati pengunjung. Apa la jadi ke deme ni sekarang, bila negara deme berperang sesama sendiri, banyak yang cuba menyeberang ke kem2 pelarian di Jordan. Alhamdulillah, Malaysia kita aman.
 
 
 Salah satu bangunan di dalam Kota ni, kome perasan tak pintu yang bertutup kat sebelah kanan gambar ni, ada penghuni tu kome, ada talian letrik ke rumah tu.
 
 
Aku di dalam sebuah bangunan yang tinggal dinding dan tiang2 seri jer...








Dari atas bukit ni, nampak sebahagian kota, berceracak tiang2 yang besor2, masih mampu bertahan walau gempa beberapa kali melanda tempat ni dulu. 

Kota Roman tak sah kalau tak de theater kan, yang kat sini pun masih mempunyai struktur yang agak baik, boleh nyanyi lagu negaraku di pentasnyer....bergaung ke seluruh kawasan theater yang melengkong tu.


 
 Mungkin malam sebelum nye hujan, menakung la air kat laman dia.
 
 
 
 

 
Aku cuba nak buat cam dia ni, tapi bila tengok kaki aku tak sepanjang kaki dia, punah harapan nak teruskan impian....ahaks...


Aku pun buat aksi atas pentas jer la kan, menyanyi....hehe...deme 2 orang belakang aku tu tengah hapal skrip nak belakon malam ni kot...



Ni dataran di luar theater, buat la aksi apa pun, ada kitaorang kisah, hehe....masuk theater ni kene bayor, sebab bangunan ni dipelihara dengan elok. Aku lupa berapa pound syria, tapi murah jer la pun. Sampai dataran ni maknanyer berakhir lah penerokaan aku ke Kota Roman Bosra, sampai hajat buat jejak Rasul ke sini, hari pun dah tengahari membawa ke petang, aku dan geng makan kat restoran tepi dataran ni jer.
 
 
Dari Bosra kitaorang berpatah balik ke Dar'a untuk meneruskan perjalanan ke Damsyik, dalam perjalanan kitaorang singgah di Dar'a untuk melawat makam Nabi Ayub di satu kawasan yang dinamakan Sheikh Saad.
 
Papan tanda ke Maqam Nabi Ayub, so tak sesat la nak cari nyer
 
 


Makam Nabi Ayub dan anaknyer. Aku lupa yang mana satu Makam Nabi Ayub dan mana satu anaknyer.
 
Kendian kitaorang mencari telaga yang Nabi Ayub guna untuk mengubat penyakit nyer, melilau gak cari, akhirnyer jumpa jugak la, tak jauh dari maqam tadi, tak silap aku lebih kurang 1 -2 km jer.
 
Ni la kawasan telaga tersebut, telah dibuat binaan, tapi tak dijaga, kotor jer kawasan nyer. Di belakang telaga ni terdapat binaan masjid yang terbengkalai. Mungkin tak cukup dana nak siapkan.

Ni la telaga tersebut, kotor. Tidak seperti dulu, kata tour guide aku.

Kanak2 yang menagih simpati pengunjung ke sini, mereka ni memang ramai, terdapat juga wanita yang mengendong anak kecil meminta sedekah daripada pengunjung. Deme mengekor jer kemana kitaorang pergi. Makin lama makin ramai deme ni. Seriau aku, cepat2 kitaorang tinggalkan kawasan ni sebab kitaorang jer yang datang singgah ke sini waktu tu....huhu....  Apa lah jadi kat kawasan ni sekarang serta penghuni nyer ? Aku dengor cerita Dar'a ni di bom dengan begitu teruk sekali. Tak dapat aku nak bayangkan. Masih wujud ke deme ni di sini atau berada di kem2 pelarian di sempadan Jordan/Syria ?

Tak jauh dari maqam Nabi Ayub tadi lebih kurang dalam 7 km dalam daerah Dar'a ni jugak, kitaorang melawat satu maqam lagi iaitu Maqam Imam Nawawi, salah seorang ulamak mazhab shafie yang terkenal.

Maqam Imam Nawawi, terletak di kawasan tanah perkuburan yang luas di daerah Dar'a ni. Maqam dia dibuat binaan bangunan dan ada pokok besor kat tepi makam dia. Antara buku Imam Nawawi yang terkenal ialah Al-Adzkar - Kumpulan Doa dan Zikir, terjemahan nye oleh Syed Ahmad Semait, elok kome baca buku ni buat santapan rohani.
 
 
Hari pun dah makin petang, selepas tu kitaorang teruskan perjalanan ke Damsyik, sampai pun dah malam, tapi sempat gak pi rembat kekacang dan manisan kat kedai depan hotel yang kami inap untuk beberapa malam di sini sebelum kedai2 ni tutup.
 
 
 

Dan juga air buah yang sungguh segar di malam yang sejuk beserta kebab buat mengalas perut untuk makan malam kitaorang
 
 
Malam tu aku dah mula tak sedap badan dan menggigil, tanda2 nak demam. huhu....makan ubat yang aku bawa cepat2 dan bawak tidor ...